Saturday, September 20, 2008

KERJA KURSUS PENDEK (KKP)

Selamat Sejahtera,

Berikut adalah tugasan yang perlu dilakukan oleh kumpulan anda.

Baca arahan tugasan dengan betul.
Bentuk kumpulan mengikut kumpulan tugasan model insan moral yang lalu.
Pilih satu tajuk dari kumpulan tajuk yang diberi.
Pilih satu warna untuk KULIT tugasan kelas anda.
Sila patuhi waktu penghantaran tugasan.

Sertakan sekali jadual ISL anda.

Gunakan bahan rujukan sekurang-kurangnya:

  • 5 bahan cetak (buku, akhbar)
  • 5 bahan web
  • 3 ensaiklopedia
  • 3 imej

* Bahan cetak:

  • BUKU & ENSAIKLOPEDIA: Sila fotokopi muka surat hadapan yang mengandungi nama pengarang, tempat terbitan, tahun terbitan dan tajuk buku dan bahan yang dirujuk.
  • AKHBAR: Nama Penulis Artikel, Tarikh, Tajuk Artikel, Nama Akhbar.

* Bahan internet:

  • catatkan URL asal
  • download dalam satu file
  • cetak bahagian yang diperlukan
  • hantar disket

Isikan bibliografi dalam format

BUKU & ENSAIKLOPEDIA : Nama pengarang (tahun terbitan), Tajuk Buku, Penerbit, Tempat Terbitan
Contoh : Lee Mun How (2008), Model Insan Moral, Preston, Johor Bahru

BAHAN INTERNET : Alamat URL sahaja.
Contoh : http://moralipti.blogspot.com/2008/09/kerja-kursus-pendek-kkp.html


No comments: