Wednesday, August 13, 2008

KONSEP MORAL

Asal perkataan

- mores dari bahasa Yunani beerti tingkahlaku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat
- merupakan nilai-nilai murni seperti:
  • baik hati
  • merendah diri
  • belas kasihan

- berkait peraturan seperti

  • tatahukum
  • tatasusila
  • tatatertib
  • nilai tradisi
  • kepercayaan
  • undang-undang
  • norma
  • adat

Rumusannya 'moral' terdiri daripada peraturan komuniti dan sifat peribadi mulia. Peraturan komuniti penting diikuti demi masyarakat sekeliling. Sifat peribadi mulia pula amat menguntungkan pemiliknya dan memberikan faedah positif kepada orang yang diinteraksinya. Orang yang berperibadi mulia mudah mengamalkan peraturan masyarakat yang baik.

Oleh itu insan moral ialah insan yang seimbang dari segi keperibadian mulia, mematuhi peraturan moral kerana tanpa prinsip moral, individu itu mungkin akan menghadapi ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral.

No comments: